𝟐𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Struktur telekomunikasi baharu setinggi 30 meter telah siap dibina di hadapan Kompleks Seri Negeri / Taman Seribu Bunga dan pelaksanaan penyerahan tapak kepada syarikat penyedia perkhidmatan CelcomDigi.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Bandaraya Pintar – MPHTJ di atas sokongan dalam memudahcara proses pembinaan. Semoga dengan adanya struktur baharu ini dapat memberikan manfaat kepada para kakitangan, pengunjung di Seri Negeri serta penduduk sekitar.