29 April 2024 – Pembinaan struktur telekomunikasi setinggi 45 meter di Kg. Pulau, Masjid Tanah telah dimulakan. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan siap pada Julai 2024. Dijangka dengan adanya struktur telekomunikasi ini, penduduk disekitar Kg Pulau, Kg Seri Jeram dan Kg Lubok Redan akan menikmati kualiti perkhidmatan selular yang lebih baik.
MICTH komited dengan memastikan segala aspek keselamatan dipatuhi dan kelulusan pihak berkuasa diperolehi sebelum pembinaan dilaksanakan.