07 Oktober 2022 : Pelaksanaan 5G di Negeri Melaka
MICTH selaku penyedia infrastruktur telekomunikasi di negeri Melaka kini giat bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson bagi menyediakan liputan 5G di negeri Melaka. Bagi fasa pertama pada tahun 2022, sebanyak 50 lokasi telah dikenalpasti. 30 lokasi utama dijangka akan dilengkapi peralatan 5G menjelang akhir Oktober ini.