16 Julai 2024 – Program Ujian Panggilan Suara & Kelajuan Internet (Selular) di sekitar Negeri Melaka dibawah kelolaan MCMC, Melaka merupakan aktiviti berkala yang sentiasa dijalankan sepanjang tahun. Fokus hari ini meliputi jajaran bermula di Rembia – Machap – Selandar – Batang Melaka – Jus – Bukit Senggeh – Simpang Bekoh sehingga ke Asahan.
YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital Negeri Melaka YB Datuk Hj. Fairul Nizam bin Roslan turut serta di dalam memastikan kualiti perkhidmatan rangkaian internet selular dapat dinikmati rakyat negeri Melaka.
MICTH diwakili Ketua Pegawai Operasi (KPO), En Mohd Jailani Bin Deraman turut serta adalah wakil-wakil dari agensi berkaitan dan pemain-pemain industri (telco). Sesi hari ini diakhiri dengan sidang media di Japerun Dun Asahan.