18 Disember 2024 – Pagi tadi, Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) menerima kunjungan hormat dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka. Delegasi KKTM yang diketuai oleh 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐛𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐝, dan 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐟𝐢𝐞𝐞 𝐁𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐨𝐡, disambut oleh 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐈𝐂𝐓𝐇, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐉𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐃𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧.

Dalam pertemuan tersebut, selain daripada berbincang mesra, pihak KKTM turut 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑟𝑜𝑚𝑜𝑠𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑒𝑗 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑡𝑢𝑚𝑝𝑢𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑚𝑎ℎ𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 (𝑇𝑉𝐸𝑇). Pihak MICTH juga menerima aduan daripada KKTM mengenai 𝑘𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑖 𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑙𝑒𝑘𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑘𝑎𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑙𝑢𝑙𝑎𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 di kawasan berkenaan. Sebagai langkah susulan, MICTH telah memanjangkan isu ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Melaka) untuk tindakan lanjut.