2 Disember 2024 – MICTH berbesar hati menerima Anugerah Business Excellence Awards bagi tahun 2023/2024 daripada Kerajaan Negeri Melaka, bersempena Majlis Makan Malam dan Penganugerahan CEO of the Year 2023/2024.
Sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka, khususnya kepada YAB Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, di atas pengiktirafan terhadap pencapaian MICTH sepanjang tahun 2023/2024. Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, MICTH sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi syarikat dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Melaka yang tercinta.
Semoga anugerah ini juga menjadi pembakar semangat kepada pasukan MICTH untuk terus bersama – sama bekerja memajukan syarikat. Alone we can do so little, together we can do so much. #StrongerTogether. Terima kasih semua.