19 November 2024 – Struktur telekomunikasi baharu setinggi 30 meter telah siap dibina di Kolej Profesional Mara Ayer Molek, dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu ini selepas sambungan bekalan elektrik dari TNB dan seterusnya penyerahan kepada syarikat penyedia perkhidmatan U Mobile.
Terima kasih kepada pihak MARA terutamanya YBhg Datuk Wira DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, Pengerusi MARA dan YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi di atas sokongan dalam memudahcara proses pembinaan. Semoga dengan adanya struktur baharu ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar KPM dan juga penduduk sekitar.
Terima kasih juga kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang telah memudahcara proses kelulusan permit pembinaan