Bangkok, 15 November 2024- Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd (MICTH) telah menerima anugerah “𝐀𝐬𝐢𝐚’𝐬 𝐌𝐨𝐬𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐌𝐄” 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐂𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭𝐞 𝐄𝐱𝐜𝐞𝐥𝐥𝐞𝐧𝐜𝐞 & 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 (𝐀𝐂𝐄𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟒 sebagai pengiktirafan di atas komitmen, inovasi serta perancangan strategik dalam memajukan sektor telekomunikasi dan transformasi digital di negeri Melaka.
Menurut badan penilai ACES 2024, anugerah ini mengambilkira peranan MICTH dalam pelan Smart Melaka Blueprint 2035, dengan misi untuk mengubah landskap negeri Melaka kearah pendigitalan dan bandar pintar. MICTH turut memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi meningkatkan kapasiti digital di negeri Melaka melalui sambungan fiber optik dan liputan selular 4G dan 5