26 September 2024 – MICTH selesai menjalani sesi Audit Pensijilan Semula bagi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang telah diadakan di MICTH. Pihak Pengurusan dan kakitangan MICTH telah memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan sesi audit ini berjalan dengan lancar dan mencapai pematuhan sepenuhnya. Melalui Pengaudtitan yang telah dijalankan, MICTH telah mencapai objektif Audit dan mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015 dan seterusnya berjaya memperbaharui sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 sehingga tahun 2027