18 Ogos 2024 -Atas aduan yang dikemukakan oleh warga Kem 21 Komando, Sg Udang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), MICTH bersama-sama pihak telco telah menjalankan tinjauan di kawasan yang terlibat untuk mengenalpasti lokasi bersesuaian untuk pembinaan struktur telekomunikasi bagi menambahbaik liputan telekomunikasi.

Terima kasih kepada Tn Joseph, Rejimen 21 Komando di atas kerjasama baik yang diberikan.
Delegasi MICTH diketuai Mohd Jailani Bin Deraman, Ketua Pegawai Operasi dan turut disertai wakil dari pihak Telco.