16 Ogos 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Rakyat Digital Negeri Melaka Bil.2/2024 pada 16 Ogos 2024 yang diadakan di bilik mesyuarat MICTH (The Engine Chamber) dipengerusikan oleh YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital Negeri Melaka YB Datuk Hj. Fairul Nizam Roslan Along.
Hadir bersama Tuan Haji Fauzi bin Ilham, Ketua ICT Negeri Melaka, Dr. Nazdiana Ab. Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif MICTH, Tuan Haji Mohd Ikram, KPSU Kanan UPeN, pegawai-pegawai UPEN, pegawai Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka dan pegawai UTEM.