1 Ogos 2024 – Pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Sharifah Atiqah Binti Wan Idrus atas jasa dan komitmen yang telah disumbangkan kepada syarikat Melaka ICT Holdings Sdn Bhd terutama dalam bidang pembangunan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Melaka.

Khidmat bakti di sini tidak akan pernah kami lupakan. Kami juga mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat saling bekerjasama pada masa yang akan datang.