13 Jun 2024 – Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Penduduk Kampung Tersusun Datuk Mohd Hidhir, Lipat Kajang, Merlimau, Melaka.

Sesi libat urus ini diketuai oleh En Mohd Jailani Deraman, Ketua Pegawai Operasi MICTH dan En Izhar Abdul Rahman, Penolong Pengarah SKMM Melaka telah memberikan penerangan berkaitan pembinaan struktur telekomunikasi di kawasan kampung tersebut.